We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Tuesday, February 8, 2011

mulut

semua orang boleh berkata-kata. komen. sound. cakap. semua orang boleh mengeluarkan pendapat. nasihat. pandangan. cadangan.


namun. tak semua boleh memahami. merasai. menjiwai. berkongsi perasaan. mengerti situasi.

sebab itu ramai yang memilih untuk memilih. memilih tempat untuk berkongsi masaalah. pengalaman. memilih manusia untuk menyalurkan kisah. mengurangkan bebanan.

kerana. kalau bercerita kepada semua pun, tak semua yang boleh menambahbaik keadaan. lebih buruk lagi kalau selepas bercerita, timbul rasa negative seperti marah.

lumrah manusia mungkin. tersapat suatu unsur yang kita kenali sebagai chemistry.
ada yang selesa dangan teman sebaya. ada yang lebih selesa dangan ahli keluarga. ada yang cenderung kepada yang berlainan jantina. malah kepada teman maya yang mungkin baru sahaja dikenali. namun dek kerana unsur chemistry inilah manusia memilih untuk memilih. kerana yakin ada yang sesuai dan ada yang kurang serasi.

ini harus disedari oleh semua orang. tak semua yang mendengar itu memahami. namun ada pendengar yang walaupun hanya membisu, beban dan tekanan terasa bagai berkurang. ada yang menasihati denagn makian. namun dek kerana selesa, tidak terasa makian. malah lega dapat meluahkan.

proses mengenalpasti dan mencari pendengar sebegini merupakan sesuatu yang compulsory kepada sesiapa yang berniat untuk menceritakan kisah, masalah dan pengalaman masing-masing kepada orang lain. ini kerana silap memilih boleh membawa kepada kesan dan implikasi yang boleh jadi lebih buruk dari memendam sahaja masalah tersebut.

kegagalan mencari yang sesuai dan serasi boleh membawa kepada hilang keyakinan untuk mempercayai, lalu membawa kepada putus asa untuk mencari, lalu memilih option untuk memendam.

jadi yang sudah jumpa, hargai. yang belum, teruskan mencari. kita ibarat belon dan angin ibarat masalah yang dihadapi. semua orang ada limit. batasan. had. kapasiti maksimum yang boleh ditampung.

semoga dapat menyalurkan kearah yang positif. cheers.

0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?