tup tap tup tap ade drama. done.
tup tap tup tap ade midterm. done.
tup tap tup tap ade hal di kampung. done.
tup tap tup tap ade hal ini, hal itu.
dan kin ade website untuk dibuat, jualan untuk dilangsungkan. dan final untuk dirisaukan. uh.
bukan niat hati untuk merungut. ini jalan yang ku pilih. namun sejujurnya kepenatan melanda.
kehidupan pra dewasa yang dicanang-canang memang bebas. sungguh indah kerana kebebasan yang didahagakan telah dicapai. namun kini timbul pula persoalan baru. untuk apa kebebasan ini diberikan? dengan harga apa?
maka hidup pra dewasa ini disulam dengan tanggungjawab, masalah, dan impliikasi2 yang akan berlaku jika bertindak tanpa berfikir.
ada ketikaa, ianya bukan kerana tidak berfikir. ianya kerana ada yang perlu dikorbankan dalam membuat suatu keputusan.
aku sudah belajar. kita takkan dapat memuaskan hati semua orang. we cannot make thousand friends without making a few enemy.
ini membuatkan aku penat. penat mengejar hidup yang tertinggal sambil memastikan rentak tarian waktu semasa tetap dikejar.
penat mengumpul dana membayar hutang sambil memenuhi keperluan semasa.
namun ini hidup yang aku pilih. jadi ini jalan yang perlu aku hadapi.
0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?