Ramadan merupakan bulan mulia. semua orang tahu. terutamanya kepada umat Islam yang membentuk 1.97 bilion populasi dunia ini.
Ramadan merupakan bulan paling mulia. dimana didalamnya terdapat malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
-end of intro-
Ok. aku yakin semua sudah sedia maklum. jadi terus ke Ramadan kali ini dalam hidupku.
Ramadan kali ini mungkin akan dikenang dengan kerap.ini kerana datukku pulang menemui-Nya. pulang kepada yang Maha Esa, Yang Maha Mencipta.
Kanser. penyakit yang meragut jutaan nyawa manusia. dan Datukku juga.
Atok. Banyak yang telah kupelajari dari Atok. dari kecil lagi. mungkin kerana aku tinggal dengan Atok dan Opah semasa menetap di Perak dulu. aku tidak akan claim sebagai cucu yang paling rapat. kerana aku bukan. namun Atok merupakan monmental figure yang gah dalam family belah Ayah.
Atok. Atok ada sepuluh anak. sepanjang hidupku tak pernah aku nampak kekesalan Atok ada anak sebegitu ramai. dan aku yakin Atok tak pernah kesal. lihat sahaja bagaimana semua 10 anak-anak Atok menjaga Atok ketika sakit. benchmark penjagaan parents dalam familyku sangat tinggi. bagaiman dengan satu panggilan, anak Atok boleh tiba ke kampung dengan cepat. bagaiman dengan satu ayat dari Atok, anak-anak Atok terus mengusahakan ini, mengusahakan itu.
Atok. kumohon maaf atas segala semua salah silapku. maaf kerana tidak sempat memandikan Atok, mengucup dahi Atok buat yang terakhir kalinya. aku telah cuba untuk tiba sebelum pengebumian. maaf Atok.
Atok. tenanglah disana. semoga Allah mencucuri rahmat kepadamu dan mereka-mereka yang pergi menemuiNya di bulan Ramadan ini.
Al-Fatihah.
0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?