pfft. aku harap aku boleh cakap macam tuh atau update status facebook dengan ayat diatas.
realitinya?
1st paper: financial account. tak tidur satu malam. tapi bukan study. main. lepak. bile cuak, bukak notes sekejap, pastuh sambung lepak balik. dah pukul 4 baru rase banyak lagi belum bace. pukul 8 depan laptop lagi bace notes. pukul 9 pegi exam dengan mate pedih. baru terkial2 nak jawab. goreng sane goreng sini. kesudahannya, tawakal sahaja.
2nd paper malaysian studies. 12 chapter kene bace, malam sebelum exam baru download notes. kejadah betul. pagi macam biase minum nescafe sambil "scan" notes. memang da x sempat nak bace semua.
3rd paper. paper paling cuak. maths. pukul 1 kat rumah. lepak. pukul 3 kat mcD. nak belajar kononnya. pung pang pung pang da saket perot, nak balik. terlelap sampai kol 7 baru menggigil2 cuak bace, hafal mane yang sempat.
4th paper: info system concept. pukul 11 baru dinner. pukul 1 karaoke. pukul 5 balik tidur, pukul sebelas baru bangun cuak. makin bace makin banyak/ pas solat jumaat sambung bace lagi. tapi online jugak. jawab structure macam buat essay. sebab cuak.
haisy. kejadah sungguh. orang final seminggu sebelum dah start study.
5th paper rabu ni. management.
oh Tuhan bantulah aku. semoge Kau permudahkan.
0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?