Cikgu-cikgu tadika perpaduan Bagan Datoh yang sempat saya meyinggah beberapa hari.
Cikgu-cikgu Tabika Kemas Pondok Rasah selama 2 tahun.
Cikgu-cikgu SK Dato' Bandar Rasah selama 6 tahun
Cikgu-cikgu SMS Tuanku Jaafar selama 5 tahun.
Cikgu-cikgu Pusat Memandu Nuri.
Lecturer-lecturer Universiti Multimedia.
Warden, Ustazah, Frau, Herr, Guru Besar, Tutor, Staf Sokongan, Makcik Matron,
Makcik DM, Tuan KRS, Jiran, Salesman, Cikgu Tuisyen, Cikgu seni, Cikgu Muzik, Cikgu Taeekwondo, Cikgu Renang,
juga
Ibu Bapa saya yang paling banyak mengajar saya sepanjang kehidupan saya,
Arwah Nenek yang mengajar mengaji al-Qurandan erti hormat serta budi
Rakan-rakan STJ yang mengajar erti persahabatan, susah senang, gelak tangisan,dan keseronokan
Rakan-rakan MMu yang mengajar kedewasaan danpelbagai erti kehidupan lain yang diluar expectation saya,
dan
Semua individu yang pernah mengajar saya walau satu huruf sekalipun
baik secara formal atau tidak formal,
langsung atau tidak langsung,
sengaja atau tidak sengaja,
TERIMA KASIH.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Antara sajak kesukaan aku. Masa sekolah rendah ada mural sajak ni. Sampai sekarang aku tetap ingat.
4 tangan menaip komen:
ape nak jd bdak2 zaman skrg..rosak.
You are a good person (I believe) but why you are doing this to me for no reason ?
Post a Comment
apa kata anda?