tengahari tadi aku balik dari kelas. masuk je rumah aku nampak sandal crocs ku yang seingat aku dah lama aku x pakai tapi jarang2 aku melihatnya.
sudah sampai di pengetahuan aku bahawa teman sebumbung aku yang meminjamnya. aku tidak kisah. serius. sedikitpun aku tidak merungut walaupun waktu aku ingin menggunakannya, ia lesap. ghaib. tugas aku pula untuk menyoal siapa yang meminjamnya. juga aku tidak kisah.
tapi bila aku balik tadi, aku nampak semacam je sandalku itu. lalu aku belek2. pusing sana pusing sini. ternyata band sekeliling sandal itu sudah lari dari tempat asalnya. okey. aku tidak kisah lagi. tapi apabila aku melihat sebelah lagi, aku menarik nafas dalam2. sudah hilang bandnya. nampak togel. arghh. aku ketuk2 pintu bilik temanku. tiada jawapan.
maka aku merasakan tahap kesabaranku dah sampai limitnya.
aku peminat footwear. serius. dan aku bukan jenis yang senang dapat. sungguhpun begitu, aku bersyukur kerana aku dianugerahkan bakat untuk menjaga mereka sehingga kini aku mewah dengan footwear. tidak lah sampai tahap beralmari2, berkotak2, namun aku ada banyak pilihan bila ingin memakainya.
jadi selipar sandalku ada beberapa pasang, kasutku juga beberapa pasang. malah stokinku. tapi apabila aku membeli yang baru, tidak bermakna aku tidak ingin yang lama. semua ada nilai bagiku.
aku tidak berkira dalam soal pinjam meminjam. sudah adat. itu yang aku pelajari 5 tahun hidup di sekolah berasrama. namun teman2ku sudah masak dengan perangaiku. aku tidak kisah jika ingin meminjam, malah kalau beritahu kemudian pun aku tidak kisah. tapi bagitahu. bukan aku yang kena mencarinya. dan pulangkan di tempat yang aku letak, serta dalam keadaan asalnya.
aku rasa agak ralat. teman sebumbungku gagal berbuat demikian.
aku mula perasan sandal tu dah di kaki orang lain semasa aku ke kursus kayak. sandal itu aku beli awal tahun ini agar senang aku ke kebun Ayahku. bila basah, kotor, senang basuh. dan bila kotor, aku sendiri yang menyental, membasuhnya. aku x merungut, kerana aku punya, aku yang pakai. jadi bila aku ingin ke kursus kayak, aku ingin bawa sandaltu. kerana aku tahu senang menguruskan sandal getah itu apabila basah dan kotor. namun bila ku sampai di rak kasut rumahku, sandal tu dah xde. aku message masing2 tanya sesiapa ada nampak. maka si polan ini menjawab.
"sory. aku pakai nak balik kampung, aku xde selipar lawa." ok. aku sabar lagi. sudahlah tidak bagitahu sebelum pinjam, dah sampai rumah pun x bagitahu. maka aku ke kursus dengan sandal lagi satu yang agak menyukarakan aku. okey. aku sabar lagi. aku beli selipar baru kerana ingin mudah menyertai sukan air. yang x serap air. yang senang basuh. maka sandal tu bertambah lama aku x gunakan. tapi serius aku sedih melihat keadaannya sekarang.
aku x berkira, tak bermakna aku x kisah.
tolong. kalo nak pinjam, bagitahu. bagitahu lambat pun xpe. tapi bagitahu. jangan bila aku nak gunakan, ianya dah ghaib.
tolong. kalo dah pinjam, pulangkan di tempat asal serta dalam keadaan sepertimana kau ambik.
tolong. kalo rosak, jangan tunggu aku yang detect kecacatan padanya. bagitahu dulu. atleast nampak kau concern. ni dah macam harta sendiri.
bayangkan orang pinjam barang kau, x bagitahu. bila nak pakai, dah xde. tahu pulak nak marah.
aku x berkira, tak bermakna aku x kisah.
aku sedih orang melayan barangku sebegitu. seolah2 tiada respek kepadaku.
aku marah orang melayan barangku sebegitu. seolah2 tiada nilai barang tersebut kepadanya.
aku mula marah kerana baru beberapa hari lepas selipar kulitku pula tertanggal. dipinjam oleh teman sebumbung yang lagi 1. juga aku yang detect. aku cakap baik2, beli gam, sambungkan balik. dahlah apabila ditanya, buat2 x tahu pada mulanya. kemudian baru mengaku.
waddefak? respek la.
aku x berkira, tak bermakna aku x kisah.
bila part harta masing2, tahu pulak simpan dalam bilik. jaga rapi. tapi bila harta pinjam, buat lagi teruk dari harta sendiri. seeyall la.
karang aku marah kata berkira. kalau diamkan, pasni bertambah lagi kes2 camni. sakit sungguh hati.
aku x berkira, tak bermakna aku x kisah.
post scriptum: nasib baik bukan crocs ori. kalo x, aku tampal resit kat pintu bilik kau.
entry ini bertambah level kemarahan sebab nga sedap isap nusantara last sambil buang air tadi, boleh pulak tertanggal filternye. demmit. dah la yang last.
0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?