kerana. banyak perkara yang perlu difikirkan hari ini. masalah yang perlu diselesaikan hari ini. mungkin sebentar lagi. ia membuatkan nafsu terbantut untuk memikirkan tentang masa depan yang amat penuh dengan uncertainities.
uncertainties. element hidup yang overrated bagiku. namun aku percaya ramai yang terpaksa memikirkan tentangnya. termasuk aku.
sudah hilang minat untuk berfikir tentang masa yang jauh dari sekarang. kerana sekarang itu penting buatku. penting.
ibarat keadaan selepas memeriksa akaun yang masih berbaki sama. duit sem ni belum masuk. hutang perlu dilangsaikan. perut perlu diisi. aktiviti harus terus dijalankan. nah. siapa kata tindakan dan cara beerfikir dulu tidak bermakna. sangat bermakna bagiku.
semoga aku tidak menjadi bodoh sekali lagi. ingat. sediakan payung sebelum hujan. ada sebab kata-kata ini menjadi mutiara kata. bukan sekadar penyedap esei atau karangan. namun berharga untuk difikir, direnung dan diamalkan.
duit. bukan segalanya.
namun segalanya memerlukan duit.
aku tidak mengeluh. tidak pula menyalahkan takdir.
jadi apa yang boleh dilakukan ialah menyelesaikan apa yang di dalam kemampuanku. esok? lusa? nanti saja aku fikirkan.
bila sudah positif kembali financialku,
bila sudah stabil kembali arus hidupku,
mungkin,
tiba masanya aku mula berfikir kembali tentang masa depan yang penuh dengan ketidakpastian.
namun bila?
ini persoalan yang perlu aku selesaikan.
lagi cepat, lagi bagus untuk hidup.
"time and tide wait for no man"
sementara aku berfikir, menghadapi hari demi hari,
aku yakin,
masa tetap berlalu dengan tempo yang sama. tanpa memberi walau sedikit kelonggaran.
jadi semoga aku dapat segera keluar dari fasa ini.
sementara itu,
i'm living for today, and for the meantime.
semoga berbahagia semuanya. peace.
2 tangan menaip komen:
D.U.I.T
doa, usaha, istiqamah dan tawakal.. : )
betul betul betul!
Post a Comment
apa kata anda?