We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Sunday, April 17, 2011

antara diri dan tanggungjawab


kebebasan.

seperti Tanah Melayu ingin kemerdekaan.
seperti hamba ingin merdeka dari tuannya.
seperti cengkaman2 luaran dan dalaman yang ingin kita bebas daripadanya.

ada harga yang perlu dibayar.

mungkin tidak semahal darah.
atau setinggi nilai harta.
namun tetap ada harga yang pelu dibayar.

seperti kedewasaan yang ditunggu-tunggu.
bebas dari kongkongan.
bebas dari kawalan.
bebas dari norma-norma serta rutin-rutin yang dikuatkuasakan.

namun apa yang terpaksa dilepaskan?

adakah kita bersedia untuk masuk ke fasa ini.
tepuk dada tanya diri.



bagiku.
bila hidup dalam kongkongan, sabar dan jangan lebih batasan.
namun bila capai kebebasan, setiap saat perlu dinikmati. hidup hanya sekali.

namun.
ada suara-suara dari dalam diri yang kuat menyatakan kebebasan ini hendaklah jangan disalah guna.
kelak penyesalan tidak terhingga.

jadi.
aku memilih untuk membebaskan luaran ku, tapi pada masa yang sama membataskan dalam hati akan pilihan-pilihan yang terpaksa diambil.

agar.
hidupku tidak dalam kerugian.
yang membuatku menyesal kemudian hari.
biar tidak dikenang, atau tidak dijulang.

asal.
aku puas hati dan hidup tanpa penyesalan.
aku mampu meniup nafas lega setiap malam sebelum tidur.
dan bangun dengan semangat untuk meneruskan sehari lagi yang dianugerah.

kerana.
aku sedar diri diekori tanggungjawab.
tanggungjawab yang tampak mudah dilaksanakan.
tapi juga mudah dialpa.
tanggungjawab yang membentuk cara pemikiranku.
yang membentuk pola tindakan aku.
pola pemikiran.
dan pola pertuturanku.

tanggungjawab itu tidak mudah digalas.
dan tidak mudah dilepas.
kerana bersama tanggungjawab itu tersulam harapan.
impian.
doa, dan.
permintaan.

oleh orang yang kita sayang dan tidak tergamak untuk lukakan.


susah pelu diharungi.
senang perlu dijalani.
asal aku percaya,
apa yang kulakukan tidak salah.

kerana.
aku ingin hidup tanpa penyesalan.
dan tanpa melukakan hati mereka.


0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?