sinonim dengan ahad ialah hari cuti.
bila masa tidur dipanjangkan, melepak. breakfast di drag hingga tengahari. lunch waktu petang dan dinner larut malam. hari yang perlu dinikmati sepenuhnya sebelum kembali ke fasa hectic bermula isnin.
ramai memilih ahad untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sempat dilakukan pada hari lain. mungkin dek kesibukan. mungkin kerana tekanan waktu bekerja. mungkin kerana banyak yang perlu dilakukan pada hari-hari yang lain. justeru ramai. ramai yang memilih ahad.
ahad untuk berkelah.
ahad untuk lari dari rutin harian yang mencengkam.
ahad untuk berehat.
ahad untuk release stress.
ahad ialah hari yang tidak pelik jika seseorang men-delay waktu bangun dari katil. mungkin dek aktiviti sosial malam sabtu. saturday night kata orang. malam yang boleh didedikasikan untuk bersosial bersama-sama rakan yang mungkin tidak berkesempatan berjumpa pada hari lain.
baik di mamak bawah apartment, restoran 24 jam milah janda, panggug wayang skrin emas (read:gsc), kelab nokturnal (read: kelab malam), atau sekadar hangout menyaksikan liga perdana inggeris beramai-ramai depan tv flet skrin el-si-di dirumah. malam sabtu mesti menjadi pilihan.
jadi tidak hairan lah jika pada hari-hari lain, semua menantikan hujung minggu. dan paada malam ahad itu, sedih meninggalkan nikmat sekejap tersebut.
hari ini hari ahad.
keluar dari bilik jam 1. tengahari.
breakfast? jam 3.
lunch? entah.
tak mengapa. hari ini hari ahad.
tapi hati gwa terdetik. semalam juga gwa bangun lambat. juga kelmarin. hari sebelum kelmarin pun gwa breakfast pukul 3. jadi apa makna ahad gwa?
0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?