yang ini memerlukan komitmen. yang ini mesti jadi keutamaan. yang itu memerlukan usaha. kehidupan personal jalan seperti biasa.
positifnya, aku nampak dah ramai yang meletakkan kepercayaan kepadaku. soal kepercayaan bagiku amat berat. susah untuk dicapai, namun senang hilang. dan bila hilang, bukan senang untuk mendapat kembali kepercayaan itu. jadi aku terima selagi mampu.
namun aku perlu diingatkan secara istiqamah tujuan aku ke sini. itu keutamaan. jadi dalam melaksanakan tanggungjawab tambahan tersebut, aku mesti menaikkan momentum untuk memastikan tujuan utama ku datang kesini juga tercapai.
"utamakan yang utama"
aku takut yang ini aku lupa. memegang tanggungjawab memang mudah disebut namun tak semudah itu melaksanakan nya. aku merupakan harapan. harapan orang2 yang aku sayang. jadi yang ini perlu dijaga.
first week masuk seperti biasa. aku register perlahan-lahan. dua minggu masa maksimum meregister ingin kugunakan sepenuhnya. namun lumrah dunia, siapa cepat dia dapat. nah. terdiam aku melihat group subjek yang tinggal jumaat petang, isnin pagi.. time2 yang semua nak elakkan. namun nak buat bagaimana lagi. aku menjadi ibarat pemangsa yang menantikan mana-mana group dibuka. haha. dan 1 subjek terpaksa diregister secara manual. semua group yang tinggal clash.
aku baru pertama kali mendaftar secara manual. harus diingat. semasa foundation group dah ditetapkan. classmate semua sama. kali ini aku perlu susun sendiri. aku tenang. orang kata nak menggelabah pun tak elok kan? haha.
aku tak tahu sama ada ini situasi di ipt aku sahaja ataupun lumrah di semua ipt. aku di-passing secara agresif dari satu tempat ke satu tempat. ibarat messi yang menghantar bola kepada xavi yang mengkilik bole ke iniesta sebelum villa menghantar kembali kepada messi.
aku pernah mengikut memberku yang juga melahirkan kekesalan atas karenah yang tak dapat dielakkan ni.
satu hari aku rasa aku da berjalan kaki berkilometer2 rasanya. macam mana aku kira? kaki aku rasa sakit macam masa mendaki gunung tahan tempoh hari. cuma kali ini aku tak menggalas beg yang berat dan basah. dari satu bangunan ke satu bangunan. dari fakulti ini ke pusat pelajar. ambil borang ini, jumpa orang itu, mintak sign orang ini, jumpa cik itu untuk approval, mintak notes kat encik ini, mintak kebenaran puan ini, hantar ke situ untuk pengesahan dan esok datang untuk hantar ke sana. hari jumaat second week hari last register. aku ada kelas dari pukul 2.30 sampai 6.30. waktu pling malas aku. namun register ada deadline-nye. selepas solat jumaat ke fakulti ini hanya untuk melihat lunch hpur hari jumaat habis jam 2:45. nice. burn 1 kelas aku.
bukan merungut. kalau ini lumrah karenah yang harus kuhadapi, aku terima kerana aku yakin di luar sana hal ini mesti tidak asing lagi. jadi aku anggap ini latihan. cuma lain kali aku prefer register awal-awal.
sem ni 6 subjek. 1 sudah ditrasfer kredit, tinggal 5. 5 subjek untuk permulaan baruku. permulaan cumulative pointerku.
ada hajatku semasa di foundation yang tidak kesampaian lagi. aku delaykan. sekarang ini targetku. aku yakin kalau aku komited, aku boleh mencapainya.
1 tangan menaip komen:
part messi buat aku gelak bro !!
haha
Post a Comment
apa kata anda?