We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Monday, October 25, 2010

jere-boo dan i-Smart

kesihatanku agak terganggu baru2 ni. jerebu yang datang tibe2 kelmarin menyebabkan tonsilku bengkak dan implikasinya: aku demam panas. imun x cukup kuat. perhaps.
aku da lame x amek supplement. berat pon turun. jadi hilang saja demamku, ku lebih mengambil berat akan kesihatanku. x guna study kaw2 kalau kesihatan teruk.
memetik kata kawanku," there is no point having WEALTH without HEALTH".

syukur aku demam x lama. jenis ku adalah jarang2 dapat demam sebegini. namun bila sekali kena, memang terbaring.
seleraku hilang walaupun perut meronta2 kelaparan. minta diisi. nasi goreng yang dibeli roommate pada sebelah pagi gagal menjemput selera makanku.
pada petangnya aku teringin memesan delivery makanan. membuka menu hidangan restoran makanan-pantas tersebut sudah berjaya membuka seleraku. tanda ku semakin sehat.
namun akhirnya aku memutuskan nasi lemak kedai kuning lagi menggoda. lalu ku tangguh saja niatku memesan bubur ayam dan mcAyam.
tapi jika bukan rezekiku pada malam itu untuk makan nasi lemak, maka x dapat la aku menjamu nasi lemak pada malam itu. habis kata tuan kedai nasi lemak.
xpe. sakit2 ni aku malas menyalurkan tenaga aku yang sedia sedikit kearah kemarahan dan penyesalan. ku order bihun sup. cukuplah. itupun seribu kesyukuran masih ada makanan untukku malam itu.

menjelang jumaat kurasa sihat semula. aku decide untuk ke hulu langat menyertai program yang pada mulanya aku keberatan untuk join. xpelah.
"cuba sahaja. lagipon duduk rumah 2 hari x buat pape, wasted jugak" getus hatiku.



maka aku pun ke hulu langat.


konklusi buatku: program itu sungguh bermakna dan bermanfaat bagiku. tinggal aku sahaja. samaada berubah atau mahu kekal di takuk lama.
mengenali diriku lebih dari sesiapa di dunia ini, aku tidak mensasarkan perubahan mendadak. sikit2 sudah. atleast aku cuba. bagiku. berubah sedikit kearah kebaikan lebih baik daripada kekal di takuk lama atau penurunan kearah keburukan pula.

selesai program tersebut, banyak yang menanti di melaka. asssignment video yang perlu disiapkan. dan pelbagai lagi program yang lain.
medan terbaik mengaplikasikan ilmu yang baru dipelajari. semoge dipermudahkan. amin.


semasa perjalanan pulang dari melaka, tatkala menghisap sebatang rokok di depan bas, menunggu pemandu, seorang rakan yang masuk kedalam bas memandang dengan pandangan yang 'slack'.
maybe perasaan aku. tapi mengapa perlu dilemparkan pandangan sebegitu?
xpe. aku ada banyak lagi yang perlu difikir dan diambil berat. hal ni, kemudian2 saja.




"ingat niat, matlamat dan tugas agar kita sentiasa di landasan yang betul"


post scriptum: sudah mula 4th week. midterm dan deadline assignment bakal tiba.



0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?