We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Tuesday, October 19, 2010

jerebu dan kisah tersingkap


penglihatan agak blur2 dari pagi. kusangkakan kanta cermin mataku yang terlalu berhabuk. tapi bile tanggal pon blur2 lagi.
aku syak ada pembakaran terbuka. hati dah panas. dari tingkat lima belas aku cuba usha-usha kalau ada pihak2 x bertanggungjawab yang tidak aware tentang pembebasan asap yang berbahaya untuk alam sekitar.
usha punye usha takde plak nampak. so aku x jadi mengamuk.ingatkan kabus pagi. tapi bile sampai tengahari pon masih blur2 xkan kabus sampai kepeetang pulak ye dak?

so hari ni view x brape lawa. pergi kelas pon rase semacam. menjelang petang da kurang sikit. tapi malam da teruk balik.
musykil ni. teman dari universiti yang agak jauh dari sini juga menyatakan kemusykilannye. aku berazam nak tengok buletin utama malam ni.
mane tawu kuar tentang jerebu ni.

so lepas kelas 1800-1900, aku masih berazam untuk menonton berita. jadi saja kuar beli nasi lemak kedai kuning awal2. supaya sempat tengok berita on timr.
sampai rumah terus pasang prison break sambil makan. syok2 makan, syok2 tengok p.break, sedar2 da nak kol 9. demmit. melepas.
so persoalan jerebu masih tinggal tanda tanye. xpe. aku berazam untuk bace news paper esok plak. mane tawu disebalik berita2 yang sama yang membuatkan aku hilang nafsu membaca newspaper tuh, ade terselit berite tentang jerebu ni.
kite tunggu esok.


pertemuan ngan member pada sebelah petang memanjangkan jemputan untuk berjogging malam ni. tunggu, punye tunggu, punye tunggu enset aku tetap x menandakan ada message dari dye meroger aku.
aku anggap program malam ni ditunda sahaja. sedang aku bersiap2 untuk mandi, ensetku vibrate. sorang gi member ajak gi makan.
aku yang baru2 ni dikejutkan dengan penurunan berat badan aku, terus menyatakan kesediaan untuk mengikutnya. siap2 mandi, aku gerak gi rumah member.

gerak ke restoren k9 untuk dinner mereka, supper aku. mee goreng basah k9 yang dirindui bersua juga. tengah syok2 makan, keluar cerita tentang beberapa orang member yang dah berubah.

aku baru kenal mereka. mereka yang bercerita dan juga mereka yang diceritakan.
jadi aku lebih banyak diam dan mendengar. mereka lagi kenal hati budi masing2.
namun dari cerita2 itu juga mataku lebih luas terbuka tentang betapa manusia bukan sekadar bagaimana mereka di depan kite.
aku hanya mengangguk2. memikirkan kebenaran cerita dan statement mereka.masing2 menyatakan kekesalan dan betape si polan ini sebenarnya begini, sebenarnye begitu. aku x judge sesiapa. aku hanya mendengar. dan melalui bukti dan keterangan yang disajikan, nampaknya ade kebenaran kata2 mereka.
terbukti ada sisi member2 ku yang aku belum lihat. ade kisah2, peristiwa2 yang berlaku sebelum kedatangan aku. semasa ketiadaan aku.
betapa si polan bersikap sedemikian tanpa memikirkan si polan lagi 1. betapa si polan mengeluarakan statement yang diluar nampak gurauan namun mengguris hati member ni.bagaimana si polan ini memntingkan kepentingan dirinye hingga melupakan si polan si polan yang lain.
kalau dengar saja, x adil jika aku ingin memutuskan sape betul sape salah. tu bukan tugas aku. bukan bidang kekuasaan aku. namun ianya serba sedikit menjelaskan dialog2 yang aku dengar sebelum ini. persoalan2 yang berlegar2 di benak ku.

adat manusia-lah. ade yang lurus. ade yang bengkang bengkok. x semuanye tulus. x semuanye telus.
tinggal kita untuk adapt dengan persekitaran masing2.
selesai mee goreng basah dan kopi-o ku, rokok pun habis sebatang, kami chow. aku pulang ke tingkat lima belas.
mereka ke rumah masing2.

malam ni kene tidur lebih awal. esok pagi2 ade lecture 2 jam yang berkisar perkembangan manusia. bermula jam 0800. uhh.

malam ni agak diceriakan dengan perkhabaran Ayahanda akan singgah pada esok hari. ada urusan di sini. ada peluang makan banyak2 esok. perutku agak cepat lapar baru2 ini. entah mengape. tapi baguslah, aku agak risau dengan penurunan berat badan ku.





post scriptum: malam ini permandangan dari tingkat lima belas blur2. tidur dengan bacaan ayat2 suci dendangan laptop roommate ku. seperti 2,3 malam yang lepas.

0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?