900 saat.
panjang? pendek?
bagiku masa dan ukurannya adalah subjektif. jika kau tanya kepadaku 15 minit atau 900 saat untuk wall climb, mesti bagiku tidak mencukupi.
namun untuk mengubah emosi seseorang, jangankan 15 minit, lebih singkat pun sudah mencukupi.
aku tidak bernawaitu untuk berfalsafah tentang masa. kerana bagiku, orang yang waras mesti sudah mengerti kepentingan masa dalam kehidupan. walaupun se-wasted mane pun life kau. kau tetap akan menghargaai masaa. tinggal lagi bila kau mula menghargai masa.
kepada yang bijak, mereka menghargai masa awal. sebelum terlambat.
kepada yang kurang pandai, mereka mengahrgai masa apabila hampir terlambat atau sudah terlambat.
aku mula mengerti betapa besarnya makna 15 minit. dalam 15 minit, emosiku terhadap laptop ku berubah secara mendadak.
alkisah. dalam menghadapi persiapan final trimester ke2 ku.
laptop perlu dalam keadaan tip top. jadi sedikit permasalahan yang berlaku menjadi "trigger" untuk aku menyegerakan niatku untuk memformat laptop kesayangan ku.
member yang dijanjikan menyatakan kesudian. namun perlu tunggu hingga ke malam. seorang lagi juga menyatakan kesudian untuk membantu. juga pada sebelah malam. namun entah apa yang mengapi-apikan aku untuk menyegerakan proses tersebut. lalu seorang lagi member diminta pertolongannya.
selesai tugasnya memformat dan menunjuk ajar aku untuk re-install apa yang patut, dia meminta diri untuk beredar. almaklum pujaan datin sudah panggil pulang. lalu aku meminta tumpang ke rumah member yang juga merupakan rumah keduaku.
dalam keterujaan aku menyelesaikan proses format yang dah sekian lama tertangguh, aku melakukan kesalahan yang amat bodoh. CD2 software aku selitkan antara skrin dan keyboard. semasa dalam kereta kedengaran "crack".
sampai di rumah hujung, ternyata firasatku benar belaka. LED skrinku terbelah setengah.
aku terdiam. literally.
dalam hujan aku meredah dengan basikal merida memberku untuk mencari kedai komputer. panggilan ke kedai tempat ku beli hanya mendatangkan kemarahan dan kerisauan apabila angka rm600-700 menjengah ke pendengaran. hasil survey dan basah lencunku, ku jumpa tempat yang menawarkan rm450. paling murah jika dibandingkan dengan yang lain.
baki akaun tidak samapai rm200. namun laptop perlu dibaiki sebelum pulang.
sudah cukup duit yang dihabiskan. kali ini tak sanggup lagi aku menipiskan poket ibu bapaku.
salah sendiri perlu ditanggung.
rm450 bukan nilai yang sedikit. lepas 1 deuter futura 45+10 ORIGINAL.
namun hidup mesti terus.
aku menyesal macam mana pun kena juga mengeluarkan rm450.
tapi kalau akaun tiada fund mencukupi, mana aku nak cekau duit ye dak?
sudah tergendala plan revision untuk finalku.
namun hidup masih terus.
(to be continued)

0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?