dalam menuju ke pengakhiran Sem II, banyak perkara yang berlaku dan "sepatutnya" berlaku.
antaranya, dalam period selepas trip ke gunung datok, 1 lagi trip mountaineering telah dirancang. kali tersebut ke Gunung Tebu, Terengganu.
hasil meeting, aku dilantik sebagai secretary. dalam separuh rela, aku menerima. namun aku masih menerima dengan niat untuk menjayakan trip ini. cuma sebahagian dari diriku mengingatkan betapa sibuknya hidup aku selepas ini.
jadi aku pun mula belajar untuk menjalankan tugas yang bagi orang lain amat berat. namun aku tahu, rungutan takkan membantu menyiapkan kerja. jadi dalam sibuk aku bekerja.
selama ini permasalahan atau konflik dalaman kelab, aku cuma buat acuh tak acuh. mengetahui sekadar untuk tahu. tapi dalam menjalankan tugasku ini, aku sedar. benda yang kita ignore atau buat2 xde kaitan tu lah yang akan memeningkan kepala kita kemudian.
aku rasa tersepit antar dua pihak. antara kawan dan tanggungjawab.tapi bukanlah bermaksud kalau aku ikut kawan, aku melepaskan tanggungjawab. namun adat budak baru belajar gamaknya. aku buat kerja untuk memastikan semua orang puas hati. namun memang semua sedia maklum itu takkan tercapai. terpaksa win-win. heh. berguna jugak ilmu sivik yang aku belajar time Form 2.
namun dah bukan rezeki kami untuk kesitu. dek kerana rintangan cuaca yang tidak mengizinkan, trip gunung tebu postpone.
bertukar ke trans gunung di cameron highland pada hari khamis, sebelum berangkat pada hari jumaat.
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,
trip trans tersebut juga cancel.
jadi aku menjadi secretary untuk trip yang tidak bejaya dilaksanakan. namun bagus juga dari aspek penambahan pengalaman aku ye dak? cuma agak sedih. aku dan beberapa rakan yang lain sudah siap membeli bag dan kelengkapan hiking yang lain. dalam kesibukan. dalam kelam kabut. namun sudah tertulis, rezeki kami tidak kesampaian ke situ.
namun dalam bulan tersebut, (dec-jan) merupakan bulan yang aku banyak sekali berbelanja dan paling kurang berjimat.
untuk menyedapkan hati, "sem lepas duit banyak lebih. ni dah nak habis sem 2, ape salahnya habiskan, dah nak masuk sem 3 pun.".
agaknya Allah nak tunjukkan, kita mesti selalu beringat. tup tup aku ditimpa kerosakaan laptop yang aku ceritakan di entri sebelum ini. heh. tak dan nak enjoy sangat la kan.
anyway entry ni antara objektifnya untuk share bag yang aku beli untuk hiking.
![]() |
| High Sierra Summit 45 |
niat di hati memang ingin ku beli Deuter. namun setalah consultation dan keserabutan untuk memilih, ternyata dah tertulis aku akan menjadi tuan kepad High Sierra ini. Summit 45 namanya. Alhamdulillah. tercapai juga hajat untuk mendapatkan hiking bagpack.
sebenarnya aku diberi dua pilihan terakhir. berdasakan kegunaan dan bajet. antara H.sierra atau deuter. H.sierra 45 liter, kalau deuter 45+10.
namun mengaplikasikan teknik opportunity cost, ternyata high sierra have lower opportunity cost dan beza harga antara kedua-sua produk ini membolehkan aku membeli sleeping bag, tali, dan fly sheet. even lepas aku mebeli semuanya, lagi murah daripada deuter tersebut. tetapi semua maklum sebab deuter mahal. namun aku tidak merasa menyesal barang sedikitpun dengan pilihan aku. tak mengapa. ada rezeki, boleh beli lagi. benda ni bukan pakai sebulan dua. memang benda outdoor ni mahal2 belaka. memang padan dengan kualiti lah kan.
bayangkan bagaimana perasaanku ketika ditimpa musibah laptop tu. namun aku bersyukur hanya kerosakan minor (la sangat..). syukur sekarang dah pulih, walaupun aku kini dengan beban hutang tersebut, aku ambil ini sebagai pengajaran buatku. lagipun, pengalaman merupakan guru terbaik. bila dah kena ke batang hidung sendiri baru kita sedar kan.
untuk aku: bekerja biar ikhlas.
jangan tangguhkan kerja yang boleh dilakukan hari ini ke esok.
jimat cermat amalan mulia. hehe..

0 tangan menaip komen:
Post a Comment
apa kata anda?