We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Friday, July 1, 2011

kezuutan

pulau besar, melake. kem induksi kelab rekreasi dan aktiviti luar yang kusertai bertempat di sini.

event ini juga menjadi penting apabila event ini menjadi event pertama di bawah kelolaan aku.

keseluruhannya, aku menarik nafas lega apabila event ini selesai. banyak yang kupelajari. banyak aku diajar. semoga dipermudahkan event2 selepas ini.

aku tidak terlalu berpuas hati dengan hasil ini, namun tidak pula aku tidak bersyukur. ini penanda aras bagi usahaku. apa hasil yang kudapat mencerminkan usahaku. effort kali ini diletakkan lebih. first event lah katakan.

dalam event ini aku belajar mengurus masa. penting bila tentative ketat. so aku longgarkan mane yang dapat.

aku belajar handle unexpected crisis. bila benda yang tak disangka timbul, tenang dan penyelesaian membantu.

aku belajar kawal kemarahan dan bersifat profesional. event kelab perlu jaga nama baik kelab dan institusi pengajian. kepala jangan nak besar sangat.

aku belajar tenangkan perasaan. aku belajar untuk tak judge dari luaran. aku dihadiahkan dengan keh-ju-tan demi kejutan.

kesabaran sangat perlu.


all in all event ni sudah selesai. dari segi kuantiti, maybe event kelolaan aku ni kalah. namun dari segi bajet dan kualiti kepuasan participant, event kali ini boleh bersaing.

syukur. terima kasih kepad semua komiti yang sangat-sangat berjasa dalam menjayakan event ini. bagi aku jasa korang dah lebih dari expectation. terimakasih semua.


kini aku boleh terus fokus dengan yang lebih utama. namun, balik saja ke rumah, niat hati nak update status facebook. sebelum aku dikeh-jut-kan lagi.

facebook dan email ku di hack. thanx.


"just when i thought everything was gonna be as usual"



0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?