We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Saturday, July 16, 2011

prokontranisma

sejahtera.

kita semua manusia. ada sifat manusia yang lumrah. tak boleh dinafikan. tak boleh ditidakkan. namun dek kepelbagaian tindakan dan cara pemikiran. pelbagai ragam dan karenah dapat disaksikan.

duduk diam bukan bermakna tidak ambil tahu.
bising dan radikal tak bermakna faham sepenuhnya.

oleh sebab kebebasan bertindak, manusia yang sama lumra dan sifat boleh diasingkan dengan pelbagai kategori dan ciri-ciri.

ada yang memilih untuk bertindak radikal.
ada yang memilih untuk berpuisi.
ada juga yang sekadar memerhati.
dan ada yang tidak ambil peduli.



semua perkara ada pro, ada kontra. kalau ada yang mahu menafikan, silakan. semua perkara yang dicipta untuk kebaikan, boleh, telah dan akan disalahguna. itu hasil analisis aku.

teknologi juga begitu. tujuan sudah cukup mulia, indah dan menyenangkan. namun ada yang menyalahguna. kita memang begitu. aku maksudkan kita disini sebagai manusia.
ada ruang, ada peluang.

tak dapat platform ini, platform baru pula diceburi.
asal dapat apa yang dicita.

jadi. dek teknologi yang cangih manggih harini, kita dapat melihat karenah dan ragam manusia lain yang sama lumrah dengan kita. tak perlu keluar rumah, tak perlu bukak buku. semua ada di di depan satu skrin yang menghidangkan semua yang kita inginkan hanya semudah satu klik.

aku suka memerhati. judge? bukan sifatku. memberi pendapat itu perlu. tapi untuk menghukum? biar yang lebih arif di atas sana yang menentukan.
aku sekadar memerhati. membaca. menonton dan mengambil tahu.
menggeleng dan tersenyum. melihat mereka yang sama lumrah dan sifat fizikal sepertiku bertindak.

melihat dan memikirkan cara pemikiran mereka. dari tindakan, tulisan dan lakonan.

aku tak kata aku baik sangat untuk berlaku sedemikian. namun untuk memerhati dan menganalisis juga adalah hak ku. sini platform ku berkongsi. andai tertarik, jemput untuk datang membaca lagi. tak sehaluan? jelik? bosan? itu hak anda. klik saja butang pangkah di tab browser anda. no harms done.

jadi aku suka memberitahu dewasa ini aku sedar akan satu lagi lumrah manusia.

manusia sangat sukakan kesempurnaan. kesempurnaan.

walaupun sedar tiada yang sempurna, manusia suka semua sempurna.
sempurna dalam semua aspek. sempurna dalam semua hal. semua segi. baru sempurna.

walaupun tahu semua ada pro dan kontra, manusia suka semua sempurna.
sempura bagi semua. sempurna pada setiap masa. setiap ketika. baru sempurna.

walaupun tahu semua ada lebih dan kurang, manusia suka semua sempurna.
sempurna serba serbi. sempurna di mana-mana. setiap tempat. baru sempurna.


aku memerhati. tergelak seketika. termenung lama. tersenyum seketika. termangu lama.

suka atau tidak, kita perlu terima. ada pro, ada kontranya. ada lebih, ada kurangnya.

namun aku kesal dengan satu lagi kebiasaan yang aku lihat. salah sekali menutup kebaikan yang dilakukan sebelumnya. bina tangga tinggi-tinggi, satu bata salah, roboh semua.
salah sekali, dimaki ibarat tak pernah berlaku baik. salah judgement, dicaci ibarat tak pernah menolong membantu. salah cakap, dikutuk ibarat mulut tak pernah berkata baik.

manusia.

good nite you all. sejahtera atas kamu semua.

0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?