We cannot direct the wind, but we can adjust the sails.

-Dolly Parton-

Sunday, July 31, 2011

randomness

mood menulis sangat random. sangat random sampai aku kelu untuk mempuratakan kekerapan aku mengupdate blog. namun itu antara perkara yang aku dah jangka sebelum aku mula menulis dahulu.

aku mahu penulisan ini sebagai salah satu escapisme aku. tempat aku meluah perasaan, meluah pendapat dan pandangan. ada idea, ade kudrat, aku update. aku tak mahu ianya menjadi bebanan kepada diriku.

jadi setelah 15 hari tak berupdate, aku datang kembali untuk membersihkan sawang dan menyapu habuk di sini. kalau tiada aral melintang, mungkin lepas ni akan diupdate secara lebih kerap. mungkin. janji? bukan kegemaranku.

banyak yang ingin kucerita. perihal harimau malaya. perihal duit. perihal ke stadium. namun mood tak kunjung tiba. orait.

0 tangan menaip komen:

Post a Comment

apa kata anda?